Monday 27 April 2015

KEBESARAN ALLAH

Asalamualaikummm
Hari ini saye ingin berkongsi tentang kebesaran Allah,,

Kita tahu bahawa manusia ini mempunyai akal,,
Dengan akal itu..manusia boleh mencipta benda baharu
Contonya telefon pintar,,iPhone,lenovo,asus,sony,samsung
Telefon ini wujud sekitar tahun 70-an je..
Dahulu telefon semuanya besar2 belaka,,tp sekarang telefon semuanya canggih2 n dapat berhubung dengan kawan2 ,keluarga tanpa wayar(wireless)..hebat kn?

Dari mana manusia dapat idea untuk membuat telefon tanpa wayar..mesti banyak penyelidikan yg telah dilakukan..
Tahu tak manusia mengambil idea ini daripada lebah...,,apa yg anda tahu tentang lebah??
Aha..cuba kita ambil ratu lebah n letakkn di tempat yg tersembunyi..pas2 ambil lebah biasa letak ditempat lain sekurang-kurangnya 5km...pasti lebah itu dapat mencari ratunya..walaupun lebah adalah haiwan yg tidak mmpunyai akal,,tetapi lebah dapat berhubung dengan lain tanpa mempunyai wayar..ini mnunjukkan kekuasaan Allah n salah satu keistimewaan lebah itu..



Selain itu...dari mnakah manusia dpt mncipta mesin pengesan haba...dari haiwan jugak kn? Tu la Allah memberi akal kpd kita untuk mngmbil iktibar drpd kekuasaanya......
NYAMUK..apa anda tahu tntg nyamuk,,mesti anda tahu tentang aedes,,hisap darah ja kan,,,,in fact,,nyamuk mmg pghisap darah but nyamuk xhisap darah sesuka hati je,,.cuba anda fikir sebentar,,adakah nyamuk pernah mnghisap darah hidung anda?..tak kn?..aha..sbb apa?
Sbb hidung penuh dgn minyak..tu nyamuk xpergi ke hidung..betapa besarnya kejadian Allah ini supaya kita mengambil iktibar dengan akal yang kita ada.......

ingat,,SEMUA MAKHLUK ADA KEISTIMEWAANNYA...sekia..wallahualam..asalamualaikum

Sunday 12 April 2015

Tatacara Solat Jenazah

Melaksanakan Solat Jenazah secara berjemaah adalah yang paling diutamakan dalam agama Islam dan menjadi sunnah untuk meramaikan jemaahnya sehingga Solat Jenazah ini dihukumkan Fardhu Kifayah sepertimana dalam hal menguruskannya. 
Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi ﷺ bersabda: “Tidaklah seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat puluh lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah SWT akan memberikan syafaat padanya.” (Hadis riwayat Muslim.)
Tentang untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat-tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah didirikan dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.
Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.
.
.

A.  Rukun Solat Jenazah

.
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
  1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
  2. Berdiri bagi yang berupaya
  3. Bertakbir empat kali
  4. Salam
.
.

B.  Persediaan Solat Jenazah

.
1. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris. Susunan jenazah yang paling hampir dengan imam adalah seperti berikut:
  1. Jenazah lelaki dewasa
  2. Jenazah kanak-kanak lelaki
  3. Jenazah perempuan dewasa
  4. Jenazah kanak-kanak perempuan

C.  Niat Solat Jenazah

.
  1. Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:
niat solat jenazah dewasa
.
.

  1. Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai:
niat solat jenazah dewasa ramai
.
.
.

D.  Cara Melakukan Solat Jenazah

.
Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri betul, rapat dan berniat melakukan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk dan sujud.

1.  Niat Dan Takbir Pertama

Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu takbir pertama.

   takbir solat jenazah ghaib

.
.

2.  Baca Surah Al-Fatihah

.
.

3.  Takbir Kedua.

takbir solat jenazah ghaib.
.
4. Membaca Selawat;

.
Berselawat ke atas Nabi ﷺ.
selawat solat ghaib
.
Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah (Klik Di Sini).
.
.

5. Takbir Ketiga.

takbir solat jenazah ghaib.
.

6. Membaca Doa:


.
Contohnya seperti doa ringkas berikut:
Doa Ringkas Solat Jenazah.
.

7. Takbir Keempat.

takbir solat jenazah ghaib.
.

8. Doa untuk si mati ialah:


.
Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:
Doa Jenazah Ringkas 2.
.

9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.
.
.

10.  Bacaan Sesudah Salam

 .
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Membaca doa Solat Jenazah.
.
.

11. Contoh Doa Solat Jenazah:

.
Doa Selepas Solat Jenazah

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah  yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

.
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Apabila kamu solat ke atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dauud dan dianggap sahih oleh Ibnu Hibban.)
Credit to-SYAFIQOLBU
.